JULAI 2023

Premier Hadiri Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertingi GPS


KUCHING, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Openg menghadiri mesyuarat kepimpinan tertinggi GPS bertempat di BCCK malam tadi. 

Turut hadir adalah Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Dato Sri Profesor Dr Sim Kui Hian, Presiden PDP Dato Sri Tiong King Sing, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Joseph Salang Gandum, Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta dif-dif kehormat lain.

Mesyuarat yang berlangsung kira-kira satu jam setengah itu kemudiannya diakhiri dengan sesi sidang media oleh Presiden GPS, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Zohari Tun Openg. 

Sumber dari : Sarawakku